tekan jangan tak tekan!

Friday, September 10, 2010

Salam Lebaran 1431


1 Syawal 1431

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin saya ucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia, terutamanya sahabat2 yang saya kasihi semenjak dari SK Losong (1992-1997), SM(A) Khairiah (1998-2000), MRSM JELI(2001-2002), SMK Tengku Bariah(2003-2004), MSU (2005-2009), dan juga rakan2 sekerja di PTPL Terengganu. Haa, siap letak tahun tu. Jadi mana2 rakan yang terbaca blog saya dan tiba2 ter-notice yang saya satu batch dengan anda di zaman kanak2 rebina kita, mohon ampun dan maaf di atas semua kesilapan yang pernah saya buat. Saya ni kan garang sejak dari azali. Manalah tahu kot2 ada yang sampai sekarang masih berdendam dengan saya. Mohon ampun seikhlas hati ye.

Salam lebaran juga di tuju kepada rakan2 blogger, kalau ada lah. haha:D. Mana2 yang menjadi silent reader blog saya atau yang tiba2 terjengah blog saya, juga saya mohon ampun dan maaf jika ada penulisan saya yang menyinggung mana2 pihak. Bukan niat saya, cuma luahan dari hati. Harap2 kita semua zero2. :D Juga buat rakan2 FB, kenal atau pun tidak, lama atau pun baru. Tidak di lupa buat Students tersayang yang bakal menghadapi exam seminggu selepas raya. Saya mohon maaf andai terkasar bahasa ketika mengajar kamu semua. Jangan beraya sakan sangat, ingat exam tu juga. Jangan sampai tak boleh jawap exam, especially paper saya ye. hehe. Juga dituju untuk ketua Kampung, JKKK, tok penghulu....eh eh, dah2. berapa banyak mau di tujukan ini. haiih.


Semoga Lebaran kali ini menjadikan kita insan yang lebih baik dan semoga lebih banyak kemaafan yang di raih pada Syawal ini. Bukan kah saling bermaafan itu satu amalan mulia? Ecehh sudah gaharu cendana pula.:) Sambut lah Syawal kali ini dengan berpada dan sederhana. Ingatlah pada yang kurang berkemampuan. Dan semoga lebaran kali ini juga menjadi kenangan terindah buat kami sekeluarga.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DARI SAYA, HAMIZA ROSLAN & KELUARGA.

No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati