Sekadar luahan perasaan yang entah apa2. Luahan hati yang tak mampu lagi untuk di bendung. Tak mampu lagi untuk berlagak cool. Really need a shoulder to cry on but, i have no gut to sit and talk to anyone. Because it's only end up with bursting tears, & no words will expressed out.
I'm trying hard to just ignore this stupid feeling, trying hard to cheer up myself, but yet still felt so unease. Hal sudah menjadi semakin berlarutan, membawa bersama semangat. Energi yang sepatutnya di salurkan untuk menjana kembali semangat untuk bekerja,akhirnya menjadi begitu lemah. Lemah sampai semangat untuk bekerja tiada langsung dalam jiwa. Terasa nak menangis sepanjang hari. Sudah terlalu lama dan terlalu kerap perasaan kecewa ini singgah dalam diri. Rasanya dah tak tertanggung. Dah tak cukup kuat untuk bertahan.
Salah siapa? Salah saya? Salah dia? Salah orang sekeliling?
Bukan masanya nak salah kan sesiapa. Salah sendiri. Salah sendiri kerana terus membiarkan diri di sakiti. terus membiarkan diri di manipulasi. Tiba2 sesalan mula terbit di dada. Kesal kerana membiar diri begitu lemah bila berhadapan dengan nasib sendiri. Harusnya saya kuat melawan rasa sayang itu. Bukan kah sudah jelas dan terang tiada tempat pun di mana2 untuk meletakkan penyatuan jiwa itu mengikut kehendak semua.?Kenapa masih nak melawan arus? Kenapa masih memberi peluang yang akhirnya sakit untuk di telan?
Entah lah. Menulis segala di sini umpamanya membuka pekung di dada. Mendedahkan sisi gelap sendiri yang patutnya hanya di simpan jauh dalam diri. Mendedahkan aib sendiri. Namun di mana lagi harus saya singkirkan semua yang begitu berat terpendam dalam hati. Air mata yang tak pernah berhenti mengalir gagal memberikan satu ketenangan. Gagal melarutkan sebahagian beban jiwa.
Zahirnya masih mampu bergelak riang. Ketawa mengilai umpama dunia aku yang punya. Sedang dalam hati, begitu mendung. Sakit. Bernanah. Akhirnya, kembali menangis. Seorang diri. Mungkin ini cara Allah S.W.T mahu hambaNya yang hina ini agar tidak terlalu lalai hingga melupakanNya. Mungkin Allah S.W.T menghadiahkan saya kesakitan ini, supaya saya tidak terlalu leka dengan cinta dunia.
Pasrah.

1 comment:
u cn cry on myshoulder dear.. there's always a spot 4 u on mine! aja2 faiti..l
Post a Comment