1 Syawal 1431. 10 September 2010. Hari Raya Pertama.
Hari ni dah masuk 1 Syawal. Syukur Alhamdulillah, di beri kesempatan oleh Allah Taala untuk menyambut hari kemenangan bagi umat Islam seluruh dunia. Juga sangat bersyukur di beri kesempatan untuk menunaikan solat sunat Aidulfitri, setelah beberapa tahun diberi 'cuti' pada 1 Syawal. Setinggi2 kesyukuran juga di panjat ke hadrat Ilahi di atas peluang menyambut perayaan mulia ini bersama2 keluarga dan orang2 tersayang dalam hidup. Terlalu banyak nikmat yang Allah taala kurniakan untuk saya di hari mulia ini. Terima kasih ya Allah. Nikmat Allah manakah yang kamu dustakan.Raya pertama bermula dengan hujan rahmat yang turun merintik di pagi Syawal. Tiada juadah istimewa yang di sediakan bonda pagi ni, kerana keluarga sebelah mak dan ayah sudah begitu hebat dengan makanan di pagi Syawal ni. Kalau buat juga, alamatnya berlaku lah lambakan makanan secara besar-besaran kat rumah ni. ecehh. Kan membazir tu. Jadinya kami melantak sambil menziarahi keluarga kedua2 belah pihak. Seperti yang di ceritakan di entry sebelum ni, both of my parent adalalah jiran sekampung. So, sangat lah dekat jarak antara kedua2 rumah keluarga diaorang. Hari raya pertama lazimnya di habiskan dengan menziarahi keluarga terdekat dan jiran2 sekampung. Lepas Solat raya, aktiviti biasa sebelum ke rumah atok nenek adalah sessi bersalaman mencium tangan ibu bapa mohon ampun dan maaf. Syahdu. Dan tahun ni merupakan tahun kedua saya memberikan duit raya kepada ibu bapa dan nenek serta atok. Juga merupakan tahun kedua tak dapat duit raya. uwaaaaa!
the small family with the big-sized members. haha:D
muka happy jumpa makanan..ngehhh
mom and dad.
Tahun ni juga tahun ketiga saya dan Mohd beraya bersama. Dan seperti biasa diajukan pertanyaan yang bertubi2 bila lagi nak makan nasi minyak. aikk? berlambak2 nasi minyak hari raya ni, tak puas lagi nak makan? Nak makan nasi minyak saya jugak? Esok saya masak segantang, bagi korang semua makan sampai muntah. nak?? Suka tau bertanya soalan cepu cemas macam tu. Kan saya beremosi di hari raya kan, tak manis tu. Tapi tak boleh salahkan pada yang bertanya. Diorang tak tahu hal, so laju je bertanya soalan sensitif tu. haha:D. Nak jawap macam mana, saya pun tiada jawapan. InsyaAllah, ada jodoh, ada lah. Sampai ada kawan2 yang hairan, aihh, kata dah tak ada apa2, kenapa masih setia di sisi kemana saja? Pun tiada jawapan. ermm, bayangkan saya magnet, dia besi. Saya pergi jauh mana pun, si besi tetap akan tertarik ke magnet. Ada paham? Tak paham? Abaikan. Selamat hari Raya. Maaf Zahir Batin. or may i used the short form? S.H.R.M.Z.B..Kak Maliana, ada paham?
with Mohd.
No comments:
Post a Comment