tekan jangan tak tekan!

Thursday, September 9, 2010

The Last Day of Ramadhan.

30 Ramadhan 1431

Align Center
Hari Terakhir Ramadhan. Sebulan sudah berlalu. Berakhir sudah nikmat puasa ramadhan, berakhir sudah iftar yang penuh keberkatan, tiada lagi solat sunat Terawih yang di nanti. Semoga di panjangkan umur agar bertemu lagi Ramadhan seterusnya. Ahlan ya Syawal. Selamat menyambut hari kemenangan dengan penuh kesyukuran.

Owh, esok dah raya. Hari ni baru bercuti. Ramai yang dah bercuti sejak rabu, tapi saya baru hari ni start. Cuaca petang tadi membahang, selepas 2,3 hari Allah turunkan hujan rahmat di bumi Terengganu ni. Alhamdulillah, biar pun panas terik harus bersyukur. Sebab boleh bereskan kain baju kotor yang bertimbun belum basuh..hehe:D. Memandangkan esok dah raya, harus lah seluruh umat manusia yang berkobar2 nak raya tengah sibuk buat persiapan terakhir. Malam semalam, saya menyertai manusia2 'gila' yang keluar ber-shopping di malam2 terakhir Ramadhan. Memang wajar di katakan 'gila' sebab keluar ber-shopping waktu2 macam ni, umpamanya keluar berperang. Seolah2 seluruh rakyat Terengganu berkumpul satu tempat nak ber-shopping. Sesak dan sarat dengan manusia. Ikut hati, tak ada nya saya teringin nak join bersesak2 sama, tapi memandangkan di-request oleh Mohd untuk mencari selipar dan seluar raya, saya turutkan saja. Kami ke Hock Kee Seng, Pasar Raya besar kat Terengganu ni. Dari kecik lagi, sini lah tempat kami ber-shopping. Dulu2 ni lah pasar raya terbesar di Kuala Terengganu, sebelum munculnya Mydin Mall dan Giant. Dan Hock Kee Seng masih kekal di minati dan di kunjungi oleh warga2 kuala Terengganu.:D..Tapi yang tak bestnya, parking yang sempit dan kecik. Sangat susah nak parking. haiihhh. Ok, Dah lemas2 bersesak kat HKS, dapat lah sehelai seluar. Destinasi ke dua, ke Mydin Mall. Time nak pergi tu, fikir 40X juga. Maklum saja, Giant dan Mydin Mall pasti lah sangat sangat sangat penuh dengan manusia yang ber-shopping di saat2 akhir ni. Dah lah berdekatan, di tambah pula dengan hot spot untuk shopping raya di Terengganu Trade Centre (TTC) di tengah2 Mydin dan Giant ni. Tapi bila fikir selipar dia belum di beli, kami redah saja. Sampai2 saja terus rasa nak pengsan. Dengan jalan yang jam teramat sangat, dengan selautan manusia yang tengah rakus bershopping. Rakus? kejam pulak ayat aku. haha. Dah sambar selipar kat Mydin Mall, terus balik. Tak larat dah nak berjalan2 makan angin kat situ. Macam cari nahas je rasa..

Hari ini pula, pagi2 lagi bonda`dah ajak beli barang makanan untuk raya. Macam biasa, setiap tahun kami akan buat 'open house' pada raya ke2. Hari2 lain pun open juga, tapi tak de lah meriah dengan timbunan makanan macam raya ke2. Dan macam biasa juga, tiap2 tahun menu sama yang akan bonda buat, Lontong dan Soto. aikk? Terengganu ke Johor ni? haha. Anda tetap di Terengganu ye. Memang rumah saya menu untuk 'open house' agak berbeza sikit dengan typical Terengganu yang lain, yang lazimnya akan buat Nasi Dagang dan Nasi Minyak di hari raya. Dah bertahun2, itu lah menu 'open house' kami. Bukan tak nak ubah ke menu lain, tapi request dari famili2 mak dan ayah. Maklumlah, hanya kat rumah kami je dia orang boleh makan Lontong dan Soto ni, sebab kebanyakkan rumah akan hidangkan Nasi Dagang dan Nasi Minyak. Itu kan trademark Terengganu. Tapi saya dan adik-beradik kurang sikit dengan nasi dagang. Sedap tapi kurang menepati citarasa. haiih, menderhaka kat makanan Terengganu ni. Sia2 jadi rakyat Terengganu. haha:D

Esok macam biasa akan beraya dengan keluarga sebelah mak dan ayah. Kami memang tak pernah ada masalah nak balik rumah siapa2 sebab mak dan ayah sekampung. Ibaratnya, rumah nenek dan atok kedua2 belah sejengkal saja. Ibarat saja ye. Kalau ikut skala, kira sendiri lah. Yang penting dekat saja. Tak payah berkereta, bermotor, jalan kaki saja dah sampai. Seronokkan?haha. ada statement yang berbaur angkuh dan takbur nampak..:)

Owh, lupa nak bagitau, beading project yang saya laksanakan sejak minggu ke-3 Ramadhan almost done. See, diam2 saja saya buat kerja. Malu nak heboh2, takut tak jadi. haha:D. So, ini first time jahit manik sendiri kat baju raya. Jahitan yang cukup ringkas, tapi mengambil masa hampir seminggu. haha. teruk betul, punya lah lembab buat kerja. Walau pun mungkin tak cantik kat mata orang lain, saya tetap bangga dengan hasil tangan sendiri. huhuhu, tak sabar nak pakai baju raya sedondon sambil berbondong2 beraya esok. hahaha:D



p/s: owhh, syahdunya dengar takbir bergema. spirit of raya mula berkobar2.

1 comment:

Anonymous said...

selamat hari raya buat en.miza sekampung.hihi

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati