tekan jangan tak tekan!

Sunday, October 10, 2010

Breast Cancer Campaign

Tahu kah anda, bulan Oktober merupakan bulan Kempen Kanser Payudara? Agak2 berapa ramai yang tahu? Saya pun sebenarnya tak cakna pun bila, walaupun sedar akan kewujudan kempen ni. Hinggalah di jemput untuk satu Talk Kempen Kesedaran Kanser Payudara ni di HSNZ Terengganu 6-7hb 10 2010 baru2 ini. Talk yang telah membuka mata saya seluas2nya tentang musuh no.1 kaum2 wanita ini. Dan ribon merah jambu merupakan simbolik kepada kempen ini. Sebagai seorang wanita, haruslah saya menyokong 100% kempen kesedaran ini.

Kanser payudara mungkin antara penyakit yang paling di takuti oleh semua wanita, namun berapa ramai yang mengambil langkah berjaga2? Ramai yang mengambil mudah perkara ini, tapi sedarkah ketulan sekecil biji kacang hijau mungkin akan merubah seluruh kehidupan kita selamanya. Seriau gila kan. Dalam2 tak sedar, dalam2 berjaga pun boleh terkena juga. Sesiapa pun boleh dapat kanser ni.

Ok, jom review sikit apa benda Kanser Payudara/ Breast Cancer ni. Semua sumber diambil dari google. Untuk perkongsian bersama.

Kanser Payudara
Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.


Tanda dan Gejala Kanser Payudara


Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.
Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.


Peringkat Kanser Payudara


Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).
Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara. Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak.

Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.


Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.
Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.




Faktor risiko

Umur

Semakin meningkat usia, semakin tinggi risiko. Wanita yang berumur kurang 25 tahun jarang sekali menghidap kanser payu dara.


Keluarga dan faktor genetik

Sekiranya seseorang wanita mempunyai ibu atau adik-beradik perempuan (waris perempuan terdekat) yang pernah menghidap kanser payu dara pada usia yang agak muda, risiko wanita berkenaan menghidap kanser payu dara akan meningkat empat kali ganda, terutamanya jika dua atau lebih waris terdekat menghidapi kanser payu dara.


Riwayat haid
Sekiranya seseorang wanita baligh pada usia 12 tahun atau putus haid selepas 55 tahun, risiko untuk menghidapi kanser meningkat dua atau tiga kali ganda. Ini berkaitan dengan fasa kesuburan dan pendedahan terhadap pengaruh hormon estrogen.


Jumlah anak

Seseorang wanita yang tidak mempunyai anak atau tidak pernah hamil selepas umurnya 30 tahun mempunyai risiko tinggi menghidap kanser payu dara. Ini mungkin ada kaitan dengan pusingan haid yang tidak terganggu.


Pemakanan

Pemakanan telah dikatakan mempengaruhi kadar kanser di antara negara-negara. Walau bagaimanapun kajian telah menunjukkan bahawa kaitan antara kanser payu dara dan pemakanan adalah lemah atau tidak secara langsung. Pengambilan minuman beralkohol telah membuktikan peningkatan risiko 1.4 sehingga dua kali ganda terhadap kanser payu dara.

Saiz badan

Wanita yang gemuk selepas putus haid mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap kanser payu dara. Ini adalah kerana lemak mengandungi estrogen dan wanita berbadan gempal mempunyai paras estrogen lebih tinggi.


Penysuan badan

Kajian telah menunjukkan bahawa tidak ada kaitan antara penyusuan dan kanser payu dara. Penyusuan tidak memberikan apa-apa perlindungan.

Pil perancang dan terapi hormon gantian (THG)

Pengambilan pil perancang dalam jangka masa dikaitkan dengan peningkatan risiko dalam lingkungan 1.2 kali ganda. Rawatan hormon gantian (THG) melibatkan campuran estrogen dan progestogen sering diberikan. Dos estrogen yang diberikan adalah rendah dan risiko kanser akan meningkat 1.8 kali ganda hanya selepas penggunaan selama lima tahun. Selepas lima tahun, risiko meningkat lagi kepada 2.6 kali ganda.

Pendedahan radiasi

Pendedahan radiasi seperti sinar-x semasa usia muda atau sebelum umur 30 tahun boleh meningkatkan risiko terhadap kanser payu dara tetapi pendedahan seperti ini jarang sekali berlaku.


Cara Pencegahan

PEMERIKSAAN KLINIKAL PAYUDARA.


Di samping melakukan sendiri pemeriksaan buah dada, wanita-wanita juga digalakkan mendapatkan pemeriksaan dari petugas-petugas perubatan termasuk doktor dan jururawat yang terlatih. Wanita-wanita yang berusia 20 tahun ke atas digalakkan mendapat pemeriksaan klinikal payudara 3 tahun sekali sehingga berusia 40 tahun. Selepas 40 tahun, mereka digalakkan mendapat pemeriksaan setahun sekali.




UJIAN MAMOGRAFI


Ujian mamografi adalah ujian X-Ray ke atas payudara. Ia merupakan salah satu kaedah saringan untuk mengesan kemungkinan kanser payudara. Kaedah mamografi adalah kaedah saringan yang paling utama untuk kanser payudara. Kajian menunjukkan Ujian mamografi ke atas wanita-wanita berusia lebih 40 tahun telah dapat mengurangkan kadar kematian akibat kanser payudara sebanyak 18% . Walau bagaimanapun mamografi bukanlah 100% berkesan, kajian menunjukkan mamografi gagal mengesan kanser payudara di dalam lingkungan 10-15% daripada jumlah kanser payudara. Wanita hendaklah faham bahawa mamografi adalah ujian saringan untuk memilih wanita yang memerlukan pemeriksaan dan ujian lanjut.


PEMAKANAN

Pastikan anda mengambil pemakanan sihat, mengikut piramid pemakanan dan jaga berat badan. hehe. Saya mengaku failed bahagian ini. Selain itu, hindarilah dari makan makanan yang karsinogenik, iaitu makanan yang boleh mencetuskan kanser seperti makanan yang di bakar sehingga hangus dan hitam. Contohnya ayam bakar atau sate yang agak hangus tu. Elakkan makan part yang hangus tu. Dan juga makanan yang di proses dalam tin. Banyak bahan kimia tu. Bahaya. Dan silalah belajar mengira BMI dan kalori yang patut anda ambil sehari. Saya ni nama je belajar sains bertahun2, tak reti2 nak kira pasal ni. Tapi don't worry, kalau nak faham, sila tengok kat sini. Ini merupakan entri cik Ziana kita yang begitu bersungguh2 memahami segala pasal kalori dan BMI ni.:D

***********************************************************

okeh, semoga entri yang panjang lebar berjela2 ni akan bagi manfaat kepada wanita2 di luar sana yang secara tak sengaja drop by kat sini. Juga untuk diri sendiri yang sering mengabaikan kesihatan diri. Makanya lepas ni harus lah menjaga kesihatan sendiri. Dapat pahala okeh jaga kesihatan ini. Kan tubuh badan ni pinjaman dari Allah Taala, haruslah menjaga badan kita dengan sedaya upaya. Paling penting, lakukan pemeriksaan sendiri. Sebab cuma kita yang tahu tentang perubahan diri sendiri. Dan jangan takut untuk dapatkan rawatan, sebelum menjadi lebih parah. Ingatlah sekecil mana pun ketulan yang dikesan, mungkin akan membahayakan nyawa.

Pengesanan Awal Mampu Menyelamatkan Nyawa.

2 comments:

Anonymous said...

boleh jemput miza buat talk utk staf kolej la nt ek...hihi

Anonymous said...

hai kalau umur 15 tahun boleh dpt kanser ni ke ? atau dpr kesn2 kanser ni ?

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati