tekan jangan tak tekan!

Sunday, November 21, 2010

Untuk Kamu. Hanya Untuk Kamu

Dugaan datang tanpa diundang. sekelip mata saja, semua berubah. Sekelip mata saja, runtuh kasih sayang yang begitu menggunung megah bertakhta dalam hati. Runtuh hanya kerana satu kesilapan bodoh, yang sengaja dilakukan demi mencari ruang baru dalam hati. Sedih. Hiba. Terguris. Ye, jujurnya, itu lah yang dirasa. Sakit? Teramat sangat. Setelah melalui segala ranjau berduri, menelan bulat2 semua hinaan dan pandangan serong orang2 itu demi kerana dia, saya tak layak diperlakukan sebegini. 

Rasa hiba itu mengundang tangisan panjang yang tak berhenti. Tertanya2 sendiri, kenapa diri ini di tipu hidup2? Sejak bilakah semua ini bermula? Mengapa begitu tegar mereka melakukan itu??KEnapa? KEnapa? Setelah semua terungkai, senang2 kemaafan di pohon. Sanggup tinggalkan dia untuk saya? CInta masih utuh untuk saya? Enough. Jangan sesekali tinggalkan dia. Dan jangan sesekali berjanji apa2 lagi. Janji itu sudah tak laku. Cinta itu sudah pergi jauh. Ye, kamu lelaki baik, teramat baik. Mungkin takkan lagi saya jumpa lelaki sebaik kamu dalam hidup saya selepas ini. Tapi maaf, kesalahan itu terlalu besar untuk di tutupi oleh semua kebaikan kamu. Kamu tak layak untuk saya. Kamu tak layak menerima ihsan saya. Dan kamu sangat tak layak menerima cinta saya. Hati saya sudah hancur lebur. Tersiat. Terkoyak.

TAPI, bukankah ini yang saya mahukan? Bukan kah ini yang saya doakan selama ini? Wakes Up! Raise your hand, and said ALHAMDULILLAH. Doa saya sudah di makbul kan. Tarik nafas panjang2 dan senyum. Ini semua jawapan bagi semua solat hajat dan Istikharah yang saya pohonkan. Tuhan dah tunjukkan segala. Patutkah saya pejamkan mata lagi? Jadi, hentikan semua pertanyaan. Memang takkan ada jawapan, kerana ini lah jalan yang perlu saya lalui sekarang. Dengan senang hati saya lepaskan kamu. Saya bebaskan kamu dari cengkaman saya. Terbanglah kamu wahai lelaki bersama cinta baru. Jangan sesekali cuba menipu diri, melepaskan cinta baru berputik untuk kembali mewangikan cinta kita. Sudah tiada istilah CINTA KITA. Istilah itu sudah terlalu busuk untuk cuba diwangikan semula. Sudah kering. Sudah Mati. Luka itu terlalu dalam untuk di sembuhkan. Dan jangan berharap saya sanggup berkorban lagi untuk kamu. Tak berbaloi pun semua itu. 

Hari ini, kamu hanya lah kenangan bagi saya. Kisah silam saya. Baru dua hari lepas kamu masih 'somebody' saya, sekarang kamu adalah 'nobody'. Kamu mengajar saya pengalaman hidup. Pengalaman yang cukup berharga, tak mampu beli di mana2. Rindu, Dendam, Cinta, Sayang, Benci itu warna hidup kita. Kita sudah melalui semua itu bersama. Hangatnya kasih sayang kamu yang pernah di curah seikhlas hati, akan tetap saya rindui. Kerana kamu adalah sebahagian dari pengalaman saya, tidak akan saya padam satu pun kenangan kita. Takkan saya padam kan apa pun entri yang pernah saya dedikasikan untuk kamu. Saya takkan menafikan segala rasa cinta dan kebahagiaan yang pernah tercetus oleh kamu. Sebab itu adalah sebahagian warna dalam hidup saya, yang tak ingin saya lupakan. Tapi kesilapan kamu yang satu itu, tiada lagi peluang kedua. Cukup lah berpuluh2 peluang kedua yang saya bagi, kamu sia2 kan. Janji lah apa pun sekarang, Korban lah apa pun sekarang. Saya takkan terima lagi.

Maaf saya pohon jika sepanjang hari ini, kamu dan dia tersakiti oleh saya. Maaf, saya pendendam. Saya lakukan semua untuk membuat kamu berdua terasa sedikit sentuhan nikmat kesakitan yang saya rasai. Walaupun itu bukan perbuatan yang baik, namun itu menimbulkan rasa puas dihati. Tapi cukup lah permainan saya. Dendam saya sudah terbalas, walaupun sakit di hati masih bersisa. Namun percayalah, melepaskan kamu pergi adalah satu kelegaan yang sudah lama saya cari. Tanpa air mata yang selalu tertumpah. Syukur, semua sudah berakhir. Saya pohon, jangan dilepaskan dia untuk mengejar saya lagi. Tidak berbaloi kerana kamu sudah saya lempar jauh. Teruskan hidup kamu dengan dia. Kisah kita sudah berakhir. Saya maafkan kamu berdua seikhlas hati. Atas semua kesakitan dan penganiayaan, saya maafkan. Kerana saya tahu kamu juga mungkin pernah saya sakiti dulu. Ampunkan saya untuk itu.

Catatan ini mungkin akan menjadi ingatan untuk saya bagi menempuh hidup selepas ini tanpa kamu. Mungkin berat kaki melangkah tanpa kamu di sisi. Mungkin hidup menjadi serba tak kena tanpa kamu di hati. Namun biar lah, sesukar mana pun, itu hanya sementara. Kita mulakan hidup baru. Jangan dikesal kan kesilapan itu. Ambil itu sebagai pengajaran untuk hidup kamu pada masa akan datang. Mungkin selepas ini, saya akan kembali menerima kamu. Itu tuhan yang akan tentukan. Setakat ini, saya tutup serapat2nya ruang hati untuk kamu. Dan saya redha atas semua yang berlaku. Saya sudah terlalu lama bersedia untuk ini. Saya terima semua ini dengan hati yang terbuka. Apa pun, Terima Kasih Sayang untuk segala-galanya. Kita senyum dan teruskan hidup.

3 comments:

cik ida akmal said...

mau leleh bace kisah mu miza....be strong k...even aku udah jauh...bl0g muu aku bace..=p...


~ida akmal~

mieyza said...

owhhh ida..miss u!

cik ida akmal said...

huhu..mish u t0o...be str0ng ok...xpuas pelok kamu ari tu..hihi

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati